google.com, pub-5077224501877033, DIRECT, f08c47fec0942fa0 Novel Venom Suria By Mazni Aznita

Ticker

7/recent/ticker-posts

Novel Venom Suria By Mazni Aznita

Novel Venom Suria By Mazni Aznita | Novel pertama yang saya baca naskah Mazni Aznita ni ialah Street Vendetta dan tak sangka memang best sebab tu kemudian saya cari dan jumpa novel ni Venom Suria dan Lelaki Itu Untukku yang telah diadaptasi ke drama tapi tidak saya tonton malahan ulasan untuk kedua-dua novel masih dalam draf. 

Novel Venom Suria By Mazni Aznita

Novel : Venom Suria
Penulis : Mazni Aznita
Bil mukasurat : 692
Rating : *****
Penerbit : Karangkraf


Nampak gayanya saya kena cari naskah Mazni Aznita yang lain seperti Sayangku Casper,  Alamak Lagi-Lagi Dia, Kasihku Arina, Spy Hati Dari Chantilly dan Beautiful Lie. Agak menarik sinopsis yang saya baca di Goodreads ni.


Sinopsis Novel Venom Suria By Mazni Aznita

Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyeksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!

"Apa Suria takut pada Mahira? Takut dengan semua kebenaran yang Suria tahu? atau takut dengan saya" - Nazrul

"Kebetulan saya datang sini nak makan dengan teman lelaki.  Oh ya, saya duduk kat meja hujung sana dekat dengan bar table. Kalau dah nak balik nanti, singgah-singgahlah tegur ya - Suria

"Cik Suria kan wartawan popular. Tak perlu nak mention sebut fasal teman lelaki ke apa ke..tak sebut pun orang takkan teka yang Cik Suria ni tak ada teman lelaki" - Izwan

Darah Suria berderau naik ke muka.  Dan mencerlung tajam memandang lelaki itu. Namun wajah di hadapannya tidak sedikti pun berubah. Damn it! Dia ni kenapa? Asyik-asyik nak sakitkan hati aku aje. Apa kena dengan mamat ni? Pyscho ke?


Ulasan/Ringkasan/Komen 

Suria Baharom, wartawan jenayah yang periang, ceria dan sangat berdedikasi dalam menjalankan tugasan. Namun dalam satu kes pembuhuhan ramai gadis yang agak misteri, Suria seakan mengalami Dejavu dengan ada sesuatu yang mengikat dia dengan setiap kes tersebut. Walau dihalang ayahnya, Suria berdegil untuk meneruskan penyiasatannya dan tidak tidak mahu jelmaan gadis berambut panjang terus menghantuinya.

Sangat lumrah samada jelas atau tidak sama seperti dalam kehidupan pasti ada kisah cinta, sama juga dalam novel ni dengan watak Nazrul, ketua stesen KZM yang cool dan Tuan Izwan, pegawai polis yang dingin dan baran yang mahu setiap arahannya dipatuh tanpa bantahan.  Tapi kes kematian ramai gadis yang dibunuh merapatkan hubungan mereka berdua

Kemunculan watak seperti Mahira, Aisyah, Yong Habibah, Hadif, Apache cukup memberi perisa Tetapi setiap wataknya ‘bercerita’ dengan sendirinya. 

"Habis, kenapa kamu semua mahu membunuh Suria? Apa kaitan Suria dengan semua ni? bentak Izwan.

Barulah Suria tahu dia adalah sasaran sebenar Mahira. Dia bukan anak kandung Baharom. Dia anak Megat Wara dan Dayang Mulia dan dialah yang Mahira inginkan dan akan bersatu di waktu bulan gerhana di waktu bulan bertukar warna jingga kemerahan.

Penggunaan mimpi dalam VS memang cukup mendebarkan dan mimpi inilah medium yang menceritakan apa yang telah berlaku dan seterusnya membawa kepada konflik watak-wataknya.

Mahira makhluk air yang memerlukan badan manusia untuk terus hidup dan badan manusia yang diperlukan itu adalah daripada keturunannya dan hanya boleh dilakukan ketika gerhana bulan penuh. Jadi, sementara mahu menunggu tu, dia amat memerlukan darah manusia lain untuk terus ‘hidup’. Menarik kan macam cerita Supernatural kan.

Dalam pada itu, ada juga kisah cinta yang diselitkan. Antara Nazrul; ketua di stesyen KZM yang cool dengan Tuan Izwan; pegawai polis yang dingin dan panas baran. Memang pada mulanya Suria tak sukakan Izwan sebab dia tu selalu mahu kata-katanya dipatuhi dan dituruti tanpa sebarang bantahan. Namun, manalah tahu kes-kes gadis yang dibunuh itu merapatkan lagi hubungan mereka berdua. Dalam diam, Suria harus mengakui dia sudah jatuh suka pada si dia si mata dingin.

Jadi apa kesudahan siasatan mereka? Apatah lagi dengan kejadian aneh yang menimpa Suria. Dia umpama kunci pada semua kejadian ini, yang menjadikan dia juga antara gadis yang diburu untuk meleraikan segala kekusutan ini. Hanya VS ada jawapannya.

Secara jujur kisah thriller dan cinta seperti ni memang kesukaan saya seperti novel Cinta Untuk Disewa yang akan terus melekat di jiwa.


Post a Comment

0 Comments