google.com, pub-5077224501877033, DIRECT, f08c47fec0942fa0 Novel Sabarlah Duhai Hati By Mimie Afinie

Ticker

7/recent/ticker-posts

Novel Sabarlah Duhai Hati By Mimie Afinie

Novel Sabarlah Duhai Hati By Mimie Afinie | Sebenarnya dah lama habis baca novel ni tapi dek sebab kesibukan dengan Ramadan, Raya dan PKP ni memang mood untuk update review novel ni terus swing. Novel ni memang tebal dengan jumlah 635 mukasurat dan 77 Bab.

Novel Sabarlah Duhai Hati By Mimie Afinie


Novel : Sabarlah Duhai Hati
Penulis : Mimie Afinie
Bil mukasurat : 635
Rating : *****
Penerbit : Idea Kreatif

Sinopsis Novel Sabarlah Duhai Hati By Mimie Afinie

Dugaan berat yang menimpa, merubah seluruh hidup Nur Syafira. Saat bergelut dengan ujian, dia tiba-tiba dilamar untuk Muhammad Affan. Sungguh, dia tak percaya.

Tegur pun tak pernah, tiba-tiba nak jadikan dia isteri. Lagipun, dia masih tak lupa cerita lama. Cerita memalukan yang hanya mereka berdua saja yang tahu. Hatinya kuat mengatakan Affan terpaksa. Affan hanya menurut kehendak orang tua tanpa rela.

Namun, kalau dah tertulis jodoh mereka, elak macam mana sekalipun, tetap bersatu juga. Walau dihati ada curiga, Fira tetap mengharap bahagia.

“Sejak bila abang suka Fira?”

“Sejak Fira curi hati abang.”

“Abang kan pernah cakap, abang tak suka Fira. Abang takkan kahwin dengan Fira.”

Tawa Affan memecah suasana hening malam. Kuat dan lama.

Dalam suram cahaya lampu, Fira pandang suaminya. Geram dengan suara tawa itu.

“Ini cerita tahun bila Fira bawa keluar ni?”

“Tak kisahlah tahun berapa pun, yang penting abang pernah cakap macam tu, kan? Kecil hati Fira, tau!”

“Kecik hati dengan abang la ni?”

“Memang pun. Dah buat orang macam tu, pandai pulak ajak orang kahwin. Tak malu.” Fira mengejek.

Lagi sekali Affan hamburkan tawanya.

Bahagia yang disangka sampai ke petang, rupanya masih ada halangan dan rintangan.

“Kalau you nak tahu, bukan Affan yang nak sangat kahwin dengan you tapi mak teh yang paksa dia. Sebabnya mak teh kesiankan you.” - Nadia

Mampukah Fira terus memujuk hatinya supaya bersabar dan bertahan? Atau sudah sampai masanya untuk dia mengalah dan lepaskan segalanya?


Komen/Ulasan

Best cerita yang tidak berlebihan walau memula tu geram betul dengan watak Fira yang annoying tu tapi bila teringat kawan dulu sentap sebab mak dia mengandung walhal dia dah 20 tahun lebih, so memang faham la kenapa Fira begitu

Nur Syafira sudah berusia 20 tahun bila mamanya bersalinkan adik lelaki, Danish sampai dia rasa kasih sayang mama, nenek dah beralih pada adiknya. Fira ni tak bekerja dan hanya membuat perniagaan online.

Fira berubah bila kedua orang tuanya serta neneknya meninggal dunia dalam kemalangan dan hanya adiknya terselamat. Bermula dari sini dia berubah menyayangi adiknya walau pada awalnya dia memang berniat untuk memberi adiknya kepada mak saudaranya yang masih tidak punya anak.


Fira dan Affan

Memang Fira tak boleh pandang Affan sebab ada kisah yang membuatkan dia malu sendiri.  Kisahnya waktu masih bersekolah Fira pernah menghantar surat cinta kepada Affan yang juga menjadi cikgu sandaran di sekolahnya.  Paling kelakar Affan pernah menasihati Dian, adiknya dan Fira jangan bercinta sebab ada student bagi dia surat cinta. Lebih memalukan Affan terserempak dengan Fira yang mengirimkan surat cinta tersebut. Kantoi kan.

Sejak dari tu memang dia tak pandang Affan sebab malu sangat.

Sepekara yang paling annoying ialah nenek Affan yang nak mengahwinkan Affan dengan Nadia, anak mak longnya.  

Nadia akhirnya berkahwin dengan Jim (Nazim) yang pernah menyintai Fira dan melamar tapi Fira buat acuh tak acuh.  Perkahwinan Nazim dan Nadia ni pun arranged marriage antara mak Nadia dan mak Nazim. Sayangnya Nazim pada Fira tak pernah berubah tapi dia akur bial tahu Fira kemudiannya berkahwin dengan Affan yang juga kawannya. What a small world kan.

Nazim rasa bersalah bila dapat tahu yang kedua ibu bapa Fira meninggal selepas dia putus dengan Fira dan dia pasti Fira pasti dalam kesedihan tanpa ada sesiapa dan itu sebabnya Fira mengahwini Affan.

Watak yang best pasti ibu bapa Affan, Abang Johan dan Aunty Mimi, jiran Fira dan watak paling dibenci pastilah nenek Affan dan Nadia.

Walau dah menjadi isteri Affan tapi opah tu tak reda dan benci Fira begitu juga Nadia yang syak Nazim adalah bekas kekasih Fira dan mula membuat cerita sampai Dian pun percaya.

Sedih bila Fira melarikan diri sebab Opah menghalang Fira berjumpa Affan yang terlantar sakit di hospital.

Part ni best, Fira tak tahu yang Affan adalah Nick. Sewaktu berkawan dengan Jim, Nick merupakan kawan alam maya Fira yang sering memberi nasihat dan tempat dia bercerita. Fira memutuskan perhubungan dengan Nick bila dia telah menjadi ister Affan.  Affan pula tak sempat memberitahu Fira yang dia adalah Nick. Memang lawak la sikit.

Bila Fira melarikan diri, Affan dan Johan mencari sampai ke kampung tapi tidak berjumpa namun Affan tidak berputus asa. Nak dijadikan cerita, Fira yang bersedih selepas melarikan diri menghubungi Nick, sebab dia dah tiada sesiapa untuk bercerita, tiada kawan lain dan dari situ Affan dapat menjejaki Fira.

Happy ending!


Post a Comment

0 Comments