Ticker

7/recent/ticker-posts

E-Novel Cinta Itu Gila By Anna Lee

Review E-Novel Cinta Itu Gila By Anna Lee | Cinta itu bermaksud berani memiliki dan berani juga melepaskan. Berjanji pada diri untuk menjadikan suami yang disayangi sebagai lelaki paling berbahagia didunia. Melepaskan cinta hati dengan redha demi melihat dia bahagia.

baca juga Review E-Novel Cinta Itu Gila By Anna Lee 

Review E-Novel Cinta Itu Gila By Anna Lee


Novel: Cinta Itu Gila
Author: Anna Lee
M/S: 139
Publisher: Prolog Media
Rating : 5/5

Awalan cerita dah rasa kenapa mereka nak bercerai selepas 9 tahun hidup bersama.  Kenapa Nisa tak punya impian seperti suaminya Yusof? kenapa Nisa perlu makan pil perancang dan kenapa selepas 9 tahun Nisa tidak berubah untuk menjadi seorang ibu.  Persoalan demi persoalan sampai rasa geram dekat Nisa antaranya kenapa ada Adam dan kenapa Adam jadi tempat dia bercerita dan bukan suami.

Sangat cantik susunan cerita Anna Lee ni seperti novel yang pernah saya baca.  Throwback pertemuan Nisa dan Yusof ni memang cukup menggelikan hati dan boleh rasa Nisa ni sejenis semborono orangnya atau lebih boyish tapi bukan jenis terlampau kasar sampai teringat kat diri sendiri yang masa muda dulu memang tak minat memasak walau jadi teman bonda ke Pasar Chow Kit setiap minggu tapi bila dah kahwin dan anak-anak dah besar minat memasak berkembang sama kembangnya saiz badan.

“Perempuan sewel ni adik aku. Namanya Nisa.” Nazri keluarkan dompetnya. “Nah, ini name card aku. Kalau-kalau kau nak nombor telefon dia boleh call aku dulu.” Kaddihulurkan kepada Yusof.

Memang kelakar throwback di pasaraya yang membuat Yusof jatuh hati dengan si gadis hingga mendorong dia membiarkan dompet Nisa di dalam troli dan memberi peluang untuk mengenali Nisa.  Nakal sungguh Nazri si abang yang cuma memandang Nisa dari jauh bila Nisa tersilap menyangkakan Yusof adalah siabang yang memakai topeng muka dan Nazri juga yang memberikan kad nama jadinya laluan Yusof untuk mengenali Nisa agak mudah. Bertemu kali kedua selepas insiden di pasaraya nampaknya bukan hanya Yusof jatuh hati dengan Nisa dan Nisa juga.  Gila sweet!

Selepas perceraian, Nisa balik ke rumah dan kemudian terkurung selama 14 hari dengan Yusof akibat PKP.  Bertelingkah satu kemestian tapi Yusof memang suami yang baik yang sangat menyayangi Nisa dan pandai memasak. Pandangan kasih pada si isteri buat hati saya luluh. Banyak kejadian berlaku dan paling kelakar bila girlfriend Yusof kerap buat video call dan terkantoi bila nampak Nisa ada dengan pakaian seksi..serius gelak dalam tangis sebab Nisa tetap nak berpisah. 

“Babe... nanti kalau aku umur 62 dan kau umur 60 dan kita berdua tak ada pasangan lagi, sudi tak kau kahwin je dengan aku?” Tiba-tiba saja Adam bertanya. Nisa tergamam. Nak pandang Yusof pun dia seram. Entah macam manalah rupa Yusof saat ini? Tersengih siniskah?

Perasaan sedih menusuk diri bila Nisa terdengar perbualan Yusof dan Dira dan bila Adam buat voice call pada Nisa, Yusof pulak ambil peluang untuk dengar perbualan Nisa. Tapi masih pelik kenapa Nisa tak nak kahwin Adam walau Adam selalu ada melebihi Yusof. 

“Hei... sebelum Dira, semua impian tu milik kita tau? Youlah wanita yang I pilih untuk jadi ibu kepada anak-anak I! Youlah wanita yang I pilih untuk bina keluarga bersama. Habiskan masa tua bersama! You! Bukan Dira! Bukan perempuan lain! You! You! You!” Beberapa kali jari telunjuknya menolak bahu isterinya.

Sedih gila masa scene ni dan geram sungguh dengan Nisa yang tidak berterus terang tapi kalau berterus terang lain pulak jalan cerita kan. Karya Anna Lee memang boleh buat saya menangis dan ketawa dalam satu masa.

“Beruntung perempuan tu. Walaupun dia buta barang dapur tapi ada juga lelaki yang cintakan dia sampai akhir hayat...” Yusof tiba-tiba diam. Tersasul lagi!
“Tell me about him...” ujar Yusof perlahan. Dia harus menerima kenyataan. Dia dan Adam tidak jauh bezanya. Mencintai hati yang tidak menyintai. Menoleh, merenung lembut ke arah isterinya.
Sayangnya pada Dira tidak pernah sama dengan kasih sayangnya terhadap Nisa. Baginya Nisa seperti 3000 jigsaw puzzles. Sudah hampir 2999 keping berjaya di susun tinggal satu keping saja untuk melengkapkan gambar itu. Tapi sayangnya yang satu keping itulah yang dicari selama ini sehingga kini masih tidak ditemui. Hilang entah ke mana. Bertahun dia mencari. Akhirnya dia terpaksa mengalah. 2999 keping jigsaw puzzles itu diselerakkan balik, akan dibuang dan dia akan beli 500 keping jigsaw puzzles baru yang lebih sedikit kepingannya. Mungkin hendak menyusunnya tidak sesusah 3000 jigsaw puzzles.  


Mula tu memang geram dengan Yusof dan Dira yang sibuk nak kahwin dan sanggup nak jadi ibu kepada anak-anak Yusof tanpa ragu. Boleh gambarkan betapa Yusof menyintai Nisa bila di hari pernikahan dia memanggil Adam suruh Adam berjanji menjaga Nisa.

“Kau orang berdua memang kuat berdrama kan? Masa dia isteri aku bukan main konon tak ada perasaan. BFF je! Nah sekarang dah kahwin! Yang perempuan pun bukan main! Tak cukup 9 tahun tipu aku hidup-hidup! Dia tipu aku lagi konon tunggu someone. Dan someone tu bukan Adam. Semua tu bullshit! Kau dengan dia go to hell lah!” Puas Yusof menjerit. Lepas semua yang terbuku di hati ketika di Mall tadi.


Mulanya ingat bila semasa terperangkap disebabkan PKP berkuatkuasa dan Yusof dan Nisa bersama (masih halal) memang menunjukkan Yusof terlalu sayangkan Nisa begitu juga Nisa dan ayat Yusof yang dia akan bertanggungjawab sekiranya Nisa mengandung tu memang saya harap Nisa akan mengandung tapi Nisa macam relax jer.

“If you ask me, don’t go. I never go. Never ever.”
“So nanti you akan cari dia?” soal Yusof, menjeling nakal. “I akan tunggu dia.” Nisa tersenyum kecil.


Bila akhirnya terbongkar sebab Nisa ingin bercerai tu memang rasa syahdu dan dada rasa sebak! bukan main-sebak sampai mengalir air mata dan sure sesiapa yang membaca novel ni pasti sama macam saya. Apa pun kesudahan yang cukup puas bagi saya, benar-benar puas!
“I minta maaf... I minta maaf biarkan you tunggu lama.”
Cinta itu memang gila. Mereka yang mencintai sanggup melakukan apa saja demi untuk orang yang dicintainya. Cinta itu bermaksud berani memiliki dan berani juga melepaskan. Bukan semua orang sanggup dan boleh lakukan dan mengenepikan kepentingan sendiri.  Memang Cinta Itu Gila.

Lagu If you go away nyanyian Neil Diamond tu lagu kesukaan Yusof dan Nisa dan mereka sempat menarik dan saya pun turut ternyanyi-nyanyi lagu lama tu.  


Nota 

Kisah Nisa yang tidak boleh mengandung ni sama seperti drama Rahimah Tanpa Rahim yang sedang bersiaran di TV3 dari hari Isnin hingga Jumaat jam 7 malam.

Post a Comment

0 Comments