google.com, pub-5077224501877033, DIRECT, f08c47fec0942fa0 Novel Demi Dara By Abdul Rahim Awang

Ticker

7/recent/ticker-posts

Novel Demi Dara By Abdul Rahim Awang

Demi Dara By Abdul Rahim Awang | Baca tajuk pun dah rasa macam ada unsur thriller ditambah pulak dengan gambar muka depan novel ni. Memang agak nipis dan kecil novel ni tapi kecil-kecil cili api kerana ianya bisa membuat kita rasa tak keruan dan geram apatah lagi rupanya Dara tu nama seorang gadis yang baik.

Demi Dara By Abdul Rahim Awang

Novel : Demi Dara | Penulis : Abdul Rahim Awang | Bil mukasurat : 386 | Rating : *****


Sinopsis Novel Demi Dara By Abdul Rahim Awang

Bagi Dara, dunianya telah musnah pada petang itu. Usia remaja, zaman sekolah, dan masa depannya hancur diragut empat lelaki keparat. Hanya pegangan agama yang mempertahankannya daripada mengambil nyawanya sendiri. Luka di tangan akibat duri mawar menyedarkan Dara daripada terus meratap nasibnya. Di matanya terbayang srikandi Melayu, dengan keris berlumuran darah. Dara mengerti, darahnya yang menitis perlu dibela. Dara bangun dan membetulkan hidupnya semula. Untuk membalas dendam, dia perlu merancang. Dan perancangannya amat teliti dan memakan masa yang lama. Sehinggalah sampai masa untuk melaksanakannya, dan empat lelaki binatang itu tumpas kepada strategi dan bilah mata kerambitnya. Namun, ia tidak berakhir di situ apabila abangnya, Mazlan di tangkap atas tuduhan membunuh. Perjuangan Dara di mahkamah baru bermula! Segala-galanya demi dara dan untuk Dara


Komen Penulis

Bila nampak tajuk saja dah boleh terfikir isi kandung novel ni dan bila baca sampai habis memang ralat sebab penghujung cerita memang membunuh rasa gembira bila dendam Dara terbalas tapi pengakhirannya Dara turut mati. Keakraban dua beradik yang cukup indah dan hubungan saudara diri yang cemburu bahkan hingga sanggup memperkosa adik tiri.

Indahnya ikatan adik beradik diantara Mazlan dan Dara membuat rasa sebak bila si abang cuba mencari adik yang lewat pulang setelah dia terlewat menjemput adik dek kerana tuntutan kerja.

Nak tahu selanjutnya, anda kena dapatkan novel ni.  Novel ini untuk dijual jadi boleh DM di instagram @fuzy.bookstagram.


Komen pembaca di Goodreads

Apr 25, 2018 Gobokairina rated it liked it

Lama tak baca karya ARA.

Rindu.

Tak perlu dicerita banyak, ARA dan thriller memang tak dapat dipisahkan. Tapi, aku tak tahu apa yang kurang. Mungkin kerana penghujung cerita membunuh hampir kesemua ‘kegembiraan’ aku.

Tapi, ya aku masih seronok membacanya. ARA dan sentuhannya masih berbisa. Walaupun aku boleh agak siapa gerangan pembunuh, tapi ada scene yang aku tak sangka sungguh. Setiap plot dikupas perlahan-lahan dengan baik sekali.

Dara -- bawa makna sang perempuan. Boleh jadi juga dendam. Hmm, yang mana pengakhirannya tetap sadis. Jadi, salahkah menyimpan dendam? Tak pasti, cuma seperti yang aku bilang awal tadi penamatnya tetap tidak menggembirakan aku. 


Oct 13, 2018 Zully Azizan rated it liked it

Dendam.

"Dara tak mahu abangnya terkorban kerana perbuatanya. Dia juga bukan mahu berkorban untuk menyelamatkan nyawa abangnya. Dia rela berkorban kerana mahu membalas dendam terhadap orang orang yang telah menodai kesucianya"

Adakah dara bersalah?

Awal lagi aku dah boleh agak siapa si pelaku. Cerita menarik cuma bila bab pengakuan dibuat, aku rasa bosan sikit sebab mengulang semula scene scene pembunuhan. Macam baca dua kali. Huhuhu. Aku tak pandai mengulas. Yang paham baguslah, yang tak paham ko baca la sendiri. HAHAHAHHAHAA!

Aku rasa EGO lagi mantap dari Demi DARA.. Tapi aku yakin cerita ini tak habis kat sini je. Sebab aku pasti Mazlan tak mungkin akan berdiam diri dan akan menuntut bela atas kematian dara.


Feb 26, 2020 Mohd Ashmunir rated it really liked it

Isu yg dekat kpd masyarakat... Sedih dgn pengakhiran Dara... I was hoping for a happy ending... Tp overall i like it...


Oct 24, 2018 Tiffa Ishak rated it really liked it

Siapa yang bunuh DARA?

Post a Comment

0 Comments