google.com, pub-5077224501877033, DIRECT, f08c47fec0942fa0 Tonton Drama Aku Dia Dan Pinky Promise ep 1 hingga ep 20

Ticker

7/recent/ticker-posts

Tonton Drama Aku Dia Dan Pinky Promise ep 1 hingga ep 20

Drama adaptasi novel Aku, Dia dan Pinky Promise karya Anna Lee ditayangkan bermula 25 Januari 2020 di TV Okey, menampilkan Sweet Qismina, Syafie Naswip dan Adam Lee. Drama yang diarahkan oleh Jamal Khan dengan 20  episod bersiaran dari hari Isnin hingga Ahad jam 10 malam.

Baca review novel Aku Dia Dan Pinky Promise



PELAKON : 

Syafie Naswip Azri), Sweet Qismina (Siti Saleha), Adam Lee (Daniel), Faha Azhar (Amirul), Hakim Nordin (Suffian), Nelissa Edreena (Hanim), Ferqisha (Lina), Sarah Dawud (Hajar), Rabaayati (Lela), Iman Zulkarnain (Shah Asnan), Ikhram Juhari (Cikgu Ariffin), Farah Zanordin (Cikgu Kamariah), Farez Ridzwan (Cikgu Hazam), Fazlina Ahmad Daud (MakLimah), Shyrim (En Kamil), Duerra Mitilda (Sara), Diya Lily (Shahira), Amisha (Nani), Kay Maria, Azhar Amir

Penulis skrip :Sofia Rhyland | Pengarah : Jamal Khan | Produksi : Nusantara Seni Karya

SINOPSIS AKU, DIA DAN PINKY PROMISE

Siti Saleha berumur 33 tahun. Tidak miliki kerjaya yang membanggakan dan mempunyai tunang yang mengecewakan. Dia mengharapkan satu keajaiban berlaku, membawa dia kembali ke alam persekolahan dan membaiki segala kesilapan lalu. Andai diberi peluang pulang ke masa lampau ada 10 senarai yang dia ingin ubah. Tapi, dalam 10, hanya dua impian yang penting untuk dia perbaiki.

Pertama, ubah aliran sains ke sastera. Supaya di masa depan dia dapat memberi tumpuan pada kerjaya yang diminatinya.

Kedua, cari Daniel! Hasut Daniel, tunang masa depannya, supaya jangan jadi model, tetapi jadi doktor atau ahli perniagaan agar masa depan mereka terjamin.

Tanpa disangka-sangka, satu kejadian telah membawa Saleha merentas masa, kembali ke tahun 1998. Saleha berjaya ubah aliran dengan memasuki kelas sastera dan dia juga berjaya mencari Daniel. Namun, kemunculan Azri yang terkenal sebagai ketua samseng sekolah membuatkan rancangan Saleha huru-hara.

Saleha hairan, Azri tak pernah wujud di masa lampaunya dan tak wujud di masa depannya, jadi kenapa sekarang tiba-tiba Azri muncul? Siapakah Azri sebenarnya? Apakah kaitan Azri dengan kehidupannya? Dapatkah dia mengubah sejarah lalu? Adakah hajatnya itu terbaik untuk dirinya?


Tonton Drama Aku Dia Dan Pinky Promise ep 1 hingga ep 20



Peringatan:
Link yang dikongsi untuk drama Aku Dia Dan Pinky Promise ep 1 hingga ep 20 adalah dari link TV Okey and sekiranya link tersebut 'broken' link tersebut akan dikeluarkan. Harap maklum dan maaf.

Post a Comment

0 Comments