google.com, pub-5077224501877033, DIRECT, f08c47fec0942fa0 Novel Assalammualaikum Cinta By Zura Asyfar

Ticker

7/recent/ticker-posts

Novel Assalammualaikum Cinta By Zura Asyfar

Drama Assalammualaikum Cinta yang ditayangkan pda 30 Mei 2016 merupakan adaptasi dari novel Assalammualaikum Cinta karya Zura Asyfar.  Drama yang di siarkan setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria ini diarah oleh Micheal Ang dibawah terbitan Dark Wave Picture Sdn Bhd dengan 20 episod.

iamfuzy.blogspot.com


Novel : Assalammualaikum Cinta

Penulis : Zura Asyfar

Bil mukasurat :

Rating : 3.5

PELAKON : 

WATAL PELAKON

Saharul Ridzwan (Rykal Safuan), Kamal Adli (Azrif Iqba), Emma Maembong (Emma Harlini), Ayda Jebat (Nia Sakinah), Sharifah Husna (Sherry), Ieka Simone (Rose), Zalfa Zin (Anita), Harianti (Natasha), Ku Faridah (Tok Ma)


Lagu OST Drama Assalammualaikum Cinta


Lagu : Di Amaran Mama

Penyanyi : Hazama

Video & Lirik : Link


Sinopsis

Perkenalannya dengan tidak sengaja bersama Azrif Iqbal seakan membawanya ke dalam mimpi ngeri. Dia tidak suka dengan sikap lelaki tersebut yang suka memaksa untuk menerimanya sebagai kawan.

“Aku rasa baik kau bawa bunga ni bagi kat girlfriend kau... Sepatutnya kau bagi kat dia, bukannya kat aku.” - Emma Harlini

“Aku pelik... Kenapa susah sangat kau nak terima, eh? Aku bukannya suruh kau bayar pun!” - Azrif Iqbal

Untuk Nia pula, perkenalannya dengan Rykal kerana berebutkan parking kereta membawa satu perubahan dalam hidupnya. Lagi-lagi bila ayahnya amat tegas dalam mengawal kebebasannya untuk berkawan dengan lelaki.

“Parking tu kau punya ke? Setahu aku tak ada pula tulis nama siapa-siapa kat situ?” - Rykal Safuan

“Sahlah kau ni jenis yang tak ada budi bahasa. Tadi kau cilok aku punya parking. Sekarang kau dengan muka tak bersalah pula langgar mak aku. Dahlah langsung tak reti nak mintak maaf... Bro, muka handsome, kereta sikit punya gah tapi otak kalau otak tu out tak ada guna, bro... Confirm diharamkan jadi menantu kalau pesen perangai macam ni!” - Nia Sakinah

Walaupun dihamburkan dengan berbagai kata amaran, Azrif dan Rykal tetap gigih dengan misi mereka. Emma dan Nia yang pada mulanya tidak berapa suka dengan semua itu akhirnya menyedari yang sebenarnya hati mereka sudah mula terpaut suka pada Azrif dan juga Rykal.

Dek terlalu teruja dengan misi mereka yang sudah berjaya, akhirnya misi mereka kantoi juga pada malam yang sama. Saat itu, serta-merta Emma dan Nia memutuskan untuk tidak berjumpa dengan mereka berdua lagi.

“Awak ingat saya ni barang permainan ke? Barang ke? Suka hati awak aje nak buat pertaruhan?! Saya memang tak sangka, orang yang saya betul-betul ikhlas sayang dan cinta dia rupa-rupanya ada tujuan lain.” - Emma Harlini

“Nasib baik negara ni ada undang-undang... Kalau tak, isy, aku pun tak tahulah nak cakap macam mana... Mahu aje aku sembelih sekor-sekor.” - Nia Sakinah

Ketika itu Azrif dan Rykal mula susah hati. Hidup mereka sudah serba-serbi tidak kena. Mereka berdua sedar yang misi mereka itu sebenarnya sudah membuat mereka mula jatuh cinta pada Emma dan juga Nia. Namun ketika itu semuanya seakan sudah terlambat, nenek mereka berdua telah membuat keputusan mengejut untuk menunangkan mereka berdua dengan calon pilihannya sendiri.

Jadi, apakah yang terjadi pada Azrif dan Rykal seterusnya? Adakah mereka berdua berjaya dengan cinta mereka itu? Dan bagaimana pula dengan majlis pertunangan mengejut itu?


Tonton Online Drama Assalammualaikum Cinta 


Drama Assalammualikum Cinta Episod 1

Drama Assalammualaikum Cinta Episod 2

Drama Assalammualaikum Cinta Episod 3

Drama Assalammualaikum Cinta Episod 4

Drama Assalammualaikum Cinta Episod 5

Drama Assalammualaikum Cinta Episod 6

Drama Assalammualaikum Cinta Episod 7

Drama Assalammualaikum Cinta Episod 8

Drama Assalammualaikum Cinta Episod 9

Drama Assalammualaikum Cinta Episod 10

Drama Assalammualaikum Cinta Episod 11

Drama Assalammualaikum Cinta Episod 12

Drama Assalammualaikum Cinta Episod 13

Drama Assalammualaikum Cinta Episod 14

Drama Assalammualaikum Cinta Episod 15

Drama Assalammualaikum Cinta Episod 16

Drama Assalammualaikum Cinta Episod 17

Drama Assalammualaikum Cinta Episod 18

Drama Assalammualaikum Cinta Episod 19

Drama Assalammualaikum Cinta Episod 20


Pautan pada Drama Assalammualaikum Cinta boleh ditonton di youtube Astro Gempak

Post a Comment

0 Comments