google.com, pub-5077224501877033, DIRECT, f08c47fec0942fa0 Novel Aku, Dia Dan Pinky Promise By Anna Lee

Ticker

7/recent/ticker-posts

Novel Aku, Dia Dan Pinky Promise By Anna Lee

Novel Aku, Dia Dan Pinky Promise | Kisah zaman sekolah yang pasti mengimbau kenangan buat kita semua.  Ada suka dan duka tapi saya suka pengakhiran cerita ni walau sesekali sesak nafas.  Bab typo tu saya tak ambil pusing sebab penulisan Anna Lee memang seronok untuk dibaca. Memang worth buying dan worth reading buku ni.

Novel Aku, Dia Dan Pinky Promise

Novel : Aku, Dia Dan Pinky Promise | Penulis : Anna Lee | Bil mukasurat : 593 | Rating : *****


Sinopsis

Siti Saleha berumur 33 tahun. Tidak miliki kerjaya yang membanggakan dan mempunyai tunang yang mengecewakan. Dia mengharapkan satu keajaiban berlaku, membawa dia kembali ke alam persekolahan dan membaiki segala kesilapan lalu. Andai diberi peluang pulang ke masa lampau ada 10 senarai yang dia ingin ubah. Tapi, dalam 10, hanya dua impian yang penting untuk dia perbaiki.

Pertama, ubah aliran sains ke sastera. Supaya di masa depan dia dapat memberi tumpuan pada kerjaya yang diminatinya.

Kedua, cari Daniel! Hasut Daniel, tunang masa depannya, supaya jangan jadi model, tetapi jadi doktor atau ahli perniagaan agar masa depan mereka terjamin.

Tanpa disangka-sangka, satu kejadian telah membawa Saleha merentas masa, kembali ke tahun 1998. Saleha berjaya ubah aliran dengan memasuki kelas sastera dan dia juga berjaya mencari Daniel. Namun, kemunculan Azri yang terkenal sebagai ketua samseng sekolah membuatkan rancangan Saleha huru-hara.

“Cikgu Hazam hantar kau jadi pemerhati ke?”
“Kau tak pandai beza ke dua perkataan, belajar dan pemerhati? Kau faham maksudnya, kan?”

Saleha hairan, Azri tak pernah wujud di masa lampaunya dan tak wujud di masa depannya, jadi kenapa sekarang tiba-tiba Azri muncul? Siapakah Azri sebenarnya? Apakah kaitan Azri dengan kehidupannya? Dapatkah dia mengubah sejarah lalu? Adakah hajatnya itu terbaik untuk dirinya?

“Perpisahan menjadikan cinta kita semakin kuat, hati kita semakin jelas. Masa tu, aku akan kembali pada kau.”
“Aku akan tunggu kau.”
“Aku akan cari.”



KOMEN DI GOODREADS

Jul 04, 2014 Don ツ rated it it was amazing

Saliha 33 tahun. Belum berkahwin. Kerjaya yang tak kemana. Tunang yang asyik menangguhkan perkahwinan. Disimpulkan, hidupnya tak bahagia. Semasa di bukit St. John Melaka,selepas Saliha membuat permintaan di 'wishing well'. Dia tiba-tiba tergelincir dan pengsan. Apabila bangun, dia kembali ke zaman persekolahan tingkatan 5. Kejutan demi kejutan dia alami, ayah yang dirindui masih hidup, Sara yang tiba-tiba jadi budak kecil, kawan-kawan dan kisah cinta monyetnya yang tak pernah dia ingat.

Dengan pemikiran 33 tahun, Saliha berazam agar dapat mengubah dirinya pada masa depan.Maka, bermula misi menukar aliran dari sains ke sastera. Di mana dia bertemu dengan budak samseng kelas hujung, Azri. Penulis membawa kisah zaman persekolahan tahun 1998 dengan pelbagai memori lucu dan penuh warna-warni.

# Saliha bertemu kembali dengan Cikgu Hazam aka abang iparnya masa depan dan berbuat baik dengannya

# konflik rakan sekelas, sehingga membawa pada Azri yang dijadikan 'guardian angel'

# misi menukar kerjaya 'bakal' tunangnya pada masa depan, Daniel.

# # Bertemu dengan Syah Asnan, cinta monyet yang dilupakan (Asnan seseorang yang 'tak handsome' pada masa depan)-sangat kebudak-budakan

# Terlibat dalam konspirasi pecah tabung koperasi sekolah

# ABC bawah pokok Mak Limah yang dirindui sejak Mak Limah berpindah selepas anaknya kemalangan.

Segala-gala kisah lampau yang berkait dengan hidupnya pada tahun 2014.

Tertarik dengan ideanya yang merentas masa untuk memperbetulkan kisah hidupnya. Tapi benarkah Saliha benar-benar merentas masa? Persoalan yang terjawab apabila Saliha bangun dari koma mendapati hidupnya berubah. Hampir sama seperti yang dia harapkan. Namun, Azri kawan/guardian angel/ cinta monyetnya yang berjanji untuk meminangnya 16 tahun kemudian benar-benar hilang dari sejarah hidupnya.

Banyak teknik flashback digunakan. Membongkar satu persatu misteri hidup Saliha yang tak pernah dia ketahui. Kemunculan Ray, pelukis buta yang muncul tiba-tiba persis Azri menambahkan kekeliruan Saliha. Tak mungkin dia curang pada Daniel sedang mereka bakal kahwin 2 bulan lagi.

Kisah ini membawa kita mencari makna hidup, mengimbau kenangan zaman persekolahan yang manis dan mengajarkan erti menghargai insan yang disayangi sebelum mereka 'pergi' (ayah Saliha dan Azri).

Please read ;)

This is super awesomeness.


Jul 04, 2014 Dyh Usen rated it it was amazing

Kalau kau masih merungut yang boringnya asyik baca novel melayu yang masih dok angkat jalan cerita yang sama, kau patut baca novel ni!

Dan kalau kau rasa pernah jadi.pelajar sekolah menengah sewaktu era tahun 98 ( yang zaman tu ada ct nurhaliza, sukom, filem2 hindustan yang dah mula ambil Amitabh Bachan jadi bapa Shah Rukh Khan) kau patut baca!

Dan lagi satu, untuk PUAN PENULIS, minta tolong sangat2 buat cerita JasonAria tu cepat2. Jangan dok gantung sangat :p



Dec 04, 2014 Ras rated it really liked it

Nampaknya buku ini sudah membawa ramai pembacanya mengimbau kembali zaman persekolahan dulu. Selalunya budak nakal macam Azri ni memang ada aura yang tersendiri. Jadi tidak hairanlah kalau Siti Saleha terpikat. Tahniah kepada penulis untuk jalan cerita yang menarik ini.



Dec 28, 2018 Zairaidah Abu Hassan rated it really liked it

Sesuatu sangat bila dah dapat habiskan naskhah hebat ni. Dengar2 dah start shooting untuk drama dan next project kisah ini akan bergabung dengan Step Back dalam novel Couple. Semoga dipermudahkan. Amin...

Sebenarnya banyak typo dan banyak kali jumpa jadi annoying plak. Kisahnya memang lain dari yang lain. Harap-harap setting untuk tahun 1998 biarlah real macam dalam drama Reply 1987.

😜😜😜 Disangka memang betul-betul ada time travel tapi bukan sebenarnya. Watak Siti Saleha memang seorang yang degil. ...more


Jul 05, 2014Hajar rated it really liked it

31-08-2014:

Walaupun sudah berusia 33 tahun, Siti Saleha (Sal) merasakan dia belum mencapai apa-apa kejayaan dalam hidupnya. Dia hanya berkerjaya biasa-biasa dan masih belum berkahwin walaupun sudah bertunang. Justeru dia mengharapkan yang dia mampu mengubah perjalanan hidupnya daripada awal andai diberi peluang untuk kembali ke masa lalu.

Tanpa disangka, suatu kejadian aneh telah berlaku selepas Sal jatuh dan pengsan. Sedar-sedar dia telah kembali ke tahun 1998. Bagaikan dejavu, Sal berusaha unt ...more



Aug 03, 2014Wan Farahana rated it it was amazing

Alhamdulillah..done!

Selesai baca, one thing come across my head is untungnya jadi Siti Saleha.. :)


Post a Comment

0 Comments