google.com, pub-5077224501877033, DIRECT, f08c47fec0942fa0 Novel Kopi Ladyku oleh Ainul Hazrah

Ticker

7/recent/ticker-posts

Novel Kopi Ladyku oleh Ainul Hazrah

Novel Kopi Ladyku oleh Ainul Hazrah | Arisa kata, dia Puteri Duyung! Kata Izhar, Arisa Dayang Senandung! Hakikatnya, Arisa hanyalah anak nelayan yang tinggal di rumah setinggan. Dia punya cita-cita tinggi untuk mengubah kehidupan keluarga, namun demi adik-adik dia terpaksa melupakan niat untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.


Novel Kopi Ladyku oleh Ainul Hazrah

Novel : Kopi Ladyku
Penulis : Ainul Hazrah
Bil m/s : 624
Rating : *****

Sinopsis Novel Kopi Ladyku oleh Ainul Hazrah

Baidura dan adiknya, Izhar telah menawarkan pekerjaan sebagai kopi ‘lady’ di pejabat mereka kepada Arisa dan membawa gadis itu tinggal bersama mereka. Sebagai anak kampung yang polos dan lurus, semuanya begitu asing buat Arisa. Banyak suka duka yang berlaku di dalam era baru kehidupannya.

Akhirnya, kehadiran Arisa di dalam keluarga itu menjadi buah mulut saudara-mara. Demi menutup mulut tempayan yang sentiasa terbuka itu, Izhar telah bersetuju untuk mengahwini Arisa. Arisa pula bersetuju untuk berkahwin dengan Izhar kerana Izhar telah berjanji untuk membiayai pelajarannya ke menara gading.

Walaupun bukan kerana orang ketiga, pasangan yang baru mengenal bahagia itu dilanda badai juga. Kapal mereka terumbang-ambing di lautan tanpa haluan. Mereka ingin mencari arah, tapi seakan tenggelam punca. Kini, mereka hanya mampu bertahan selagi terdaya.

“Betul Iz nak kahwin dengan Icha? Dia tu bukan betul sangat, rempang-rempang bahasa. Wayar berselirat, tak putus saja lagi.” - Muiz -

“Wayar dia cuma berselirat, belum putus lagi. Bila dah kahwin nanti, saya akan susun balik wayar tu elok-elok dan takkan biarkan dia putus, Insya-ALLAH!” - Adib Izhar


Komen iamfuzy

Suka novel ni sebab penceritaan yang cukup santai, ada kisah lawak, lucu, romantik, touching dan sedih. Kisah Icha dan Izhar yang pertama kali bertemu di pantai hingga meniti alam rumahtangga. Icha gadis kampung berusia 18 tahun bertemu Izhar yang berusia 30an bermula dengan babak lucu antara keduanya. Seperti kehidupan pasangan suami isteri lain kehidupan mereka di landai badai tapi pengakhiran percintaan mereka hingga ke akhir hayat cukup menyentuh jiwa. Keduanya meninggal dunia di hari ulangtahun mereka bertemu untuk pertama kali dikelilingi anak cucu. Cinta yang dibawa hingga ke akhir hayat bila Icha meninggal dunia dan Izhar turut menyertai selepas Icha dalam keadaan tangan mereka bertaut. 

Sangat romantik dan memang mengalir air mata dengan kasih sayang keduanya. Memang cukup tersentuh dengan watak Icha dan Izhar dan membaca novel ini membuat saya tersenyum dengan watak Icha yang lucu dan mengalir air mata bila keduanya menghembuskan nafas terakhir.


Post a Comment

0 Comments