google.com, pub-5077224501877033, DIRECT, f08c47fec0942fa0 Review Novel Tunggu Dulu Cinta By Ayu Emelda

Ticker

7/recent/ticker-posts

Review Novel Tunggu Dulu Cinta By Ayu Emelda

Review Novel Tunggu Dulu Cinta By Ayu Emelda | Tengok kulit buku tu, memang kurang menarik tapi bak kata pepatah, dont judge the book by its cover" gitu dan kena baca baru tahu best ke tidak novel ni.



Novel : Tunggu Dulu Cinta

Penulis : Ayu Emelda

Bil mukasurat : 

Rating : ****

Penerbit : Alaf 21

Novel Tunggu Dulu Cinta

Kamal dan Aivy dengan rela hati berkahwin walaupun tidak menjalin hubungan cinta. Mereka berjanji untuk bercinta selepas nikah. Namun, Kamal tidak menunaikan janji kerana dia masih belum mampu melupakan Suraya, bekas kekasihnya yang sudah lama pergi. Aivy pula sudah jatuh cinta kepada Kamal dan tetap bersabar walaupun tahu yang Kamal masih belum melupakan Suraya. Kemunculan Khairy sebagai orang ketiga dan agenda jahat yang dirancang oleh abang tiri Aivy telah menyebabkan Kamal menghalau Aivy yang ketika itu sudah mengandungkan anaknya.


Komen di Goodreads


Jan 31, 2015liked it

Kamal dan Aivy dengan rela hati berkahwin walaupun tidak menjalin hubungan cinta. Mereka berjanji untuk bercinta selepas nikah. Namun, Kamal tidak menunaikan janji kerana dia masih belum mampu melupakan Suraya, bekas kekasihnya yang sudah lama pergi. Aivy pula sudah jatuh cinta kepada Kamal dan tetap bersabar walaupun tahu yang Kamal masih belum melupakan Suraya.

Kemunculan Khairy sebagai orang ketiga dan agenda jahat yang dirancang oleh abang tiri Aivy telah menyebabkan Kamal menghalau Aivy yang ketika itu sudah mengandungkan anaknya. Hanya selepas Aivy meninggalkan Kamal barulah Kamal sedar yang dia mahukan Aivy dan sebenarnya sudah jatuh cinta kepada isterinya itu. Di tambah pula selepas mengetahui yang Aivy tidak bersalah atas agenda jahat abang tiri Aivy. Anak mereka yang seiras muka Kamal pun sudah membuktikan Aivy mengandungkan anak Kamal. Di akhir cerita mereka bersatu semula.

Kata saya, Kamal memang lelaki berhati dingin macam ais. Dia mengambil berat akan keselamatan Aivy tetapi itu saja tidak cukup kerana Aivy memerlukan cinta yang ikhlas daripadanya dan bukannya berterusan hidup dengan bayangan Suraya. Saya tak suka dengan Kamal. Huh!

Selalu cerita yang saya jumpa ialah heroin di dera oleh mak tiri dan kakak tiri. Dalam novel ini, heroin didera oleh bapa tiri dan abang tiri. Jadi ada kelainan di situ.

Tahniah kepada penulis atas kelahiran novel ini.


Jan 06, 2015rated it really liked it
Permulaan cerita yang menarik. Mungkin kerana in a way, ia ibarat cerita Cinderella versi modern, di mana Prince Charming datang menyelamatkan seorang gadis dari kekejaman keluarga tiri. Cuma ‘Cinderella’ ini takda mak tiri dan step-sisters. Kesian dengan Aivy, terutamanya apabila ibu sendiri seperti terlalu menangkan suaminya merangkap ayah tiri Aivy. Rasa macam nak rejam jer keluarga Aivy ni.

Malangnya Prince Charming versi Kamal Noah ni seorang yang tidak sensitif. Mungkin kerana dirinya masih dihambat dalam kisah lalu. Mujurlah adik beradik Kamal sangat entertaining. Mereka dapat menceriakan hari-hari Aivy berbanding Kamal yang lebih suam-suam kuku.

's review
 ·  

it was amazing
Read 2 times. Last read June 4, 2017 to June 5, 2017.

Cerita yang sangat menarik dan menikam kalbu. Menariknya cinta Nuraivy Sofea dan Kamal Noah si cool but cold untuk dibaca dan sememangnya tak rugi kalau membacanya

Pengajaran : Kisah silam tidak harus menghantui dan disimpan kerana buruk akibatnya bila terjadi salah sangka dan boleh memporakperandakan rumahtangga



Post a Comment

0 Comments